Tuesday, October 20, 2009

Kembara Nisa' Kudat (Kundasang-Ranau)




Wednesday, October 7, 2009

Aktiviti dan Program Nisa' Daerah Kudat Bersama NGO lain





Organisasi Nisa' Daerah Kudat

Pengarah : Khasmahwati binti Tammoyo
(013-8542430)

Timbalan Pengarah : Nadrah binti Abd. Samad
(013-8849117)

Setiausaha : Norlizawati binti Abdul Wahab
(013-6463442)

Bendahari : Siti Ainalyn binti Latik
(013-7017753)

Sebarang persoalan dan penerangan lanjut bolehlah berhubung dengan kami atau emelkan persoalan anda kepada ; nisakudat@gmail.com

Unit-Unit Nisa'

Unit Kerjaya

1. Unit Kerjaya : NISA’ ingin membantu wanita muda dalam memulakan karier dengan cara :-

• Menyediakan khidmat nasihat dalam memilih kerjaya dan melaksanakan program-program sewajarnya untuk membantu wanita muda mendapat karier yang baik, seterusnya digilap menjadi pekerja yang berkualiti.

• Membina satu jaringan (network) yang berkesan antara majikan dan pekerja melalui rangkaian alumni, IPT, syarikat dan organisasi yang berkenaan.

• Membina ”bank resume” memudahkan proses ”work-employee match-making”.

Unit Khidmat dan Kaunseling

2. Unit Khidmat dan Kaunseling :-

• Unit Kaunseling NISA’ bertujuan untuk membantu remaja perempuan dan wanita yang memerlukan bantuan.
• Unit Kaunseling berperanan sebagai “the lending ear to youth problems” dengan menyediakan penyelesaian yang bertepatan dengan kehendak agama melalui pelbagai saluran seperti NISA’ Care Line, NISA’ Website dan NISA’ Blog. Memberi khidmat social kepada masyarakat dan menajdi tempat rujukan utama khususnya untuk generasi muda.

Unit Pembangunan Insan

3. Unit Pembangunan Insan : Unit Pembangunan Insan mempunyai tanggungjawab yang penting dalam mendidik generasi muda untuk mencapai misi NISA’. Peranan Unit Pembangunan Insan ialah :-

• Membangkitkan kesedaran menyintai ilmu melalui modul-modul yang direka khas.

• Mendekati remaja-remaja melalui program yang ceria, mudah dan menarik.

• Melahirkan lebih ramai generasi muda yang berketrampilan dan berperibadi unggul.

Logo Nisa'


Logo NISA’ ini direka khusus bagi menggambarkan imej terkini dan perubahan NISA’. Huruf ”N” pada logo bukan sahaja mewakili nama NISA’ malahan membawa maksud ”New” ataupun ”Baru” dari sudut pendekatan dan idea baru untuk generasi baru.

Warna kelabu yang digunakan menggambarkan impian NISA’ untuk menjadi sebuah organisasi yang profesional bagi golongan muda yang terbilang.

Warna ungu pula mewakili imej baru NISA’ yang ceria, segar, serta ”loving and caring” terhadap generasi muda.

Latar belakang yang berbentuk bulatan melambangkan matlamat NISA’ yang ingin meningkatkan kualiti masyarakat dalam segala aspek kehidupan.

Slogan dan Keahlian Nisa

Slogan NISA’ ialah ”Penghubung Generasi Muda” atau ”Connecting Youth”, menggambarkan kesungguhan NISA’ untuk menyatukan generasi muda melalui pendekatan bersepadu dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

Kehlian Nisa' : Wanita berusia 13 – 40 tahun.

Misi Nisa'

NISA’ berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu, dan berakhlak mulia.

Misi NISA’ ini akan tercapai melalui program-program yang dirancang dengan teliti, disemai dengan kasih sayang, dan disampaikan dengan penuh keikhlasan.

Salam Mahabbah dari NISA' Kudat

NISA’ berhasrat untuk menjalinkan hubungan akrab dengan pelbagai pihak seperti kementerian, agensi kerajaan, media serta NGO dalam usaha NISA’ untuk berkhidmat untuk masyarakat.