Thursday, February 25, 2010

~~Kelahiran Kekasih Allah~~


Nama Baginda S.A.W
 
1.       Abu Al Qasim     { ayah kepada al Qassim}
2.       Muhammad       { yang selalu dipuji}
3.       Ahmad                 {nama  yang terdapat dalam Taurah dan Injil}
Nama julukan yang masyhur
 
1.       Al Mahi                 { yang melenyapkan kekafiran}
2.       Al Hasyir               { Yang mengumpulkan manusia dengan kedua kakinya}
3.       Al ‘Aqib                { Yang terakhir, tidak ada nabi selepasnya}
4.       Al Muqaffa         { yang dihormati}
Nasab Baginda dari  Adnan
Muhammad s.a.w bin  Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abd Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ay bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin An Nadhar bin Kinanah bin Khazimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nazzar bin Ma’ad bin Adnan
Tahun kelahiran
Terdapat empat pendapat menentukan tarikh kelahiran tapi bersepakat pada bulan Rabi’ul Awal 
1.       2hb Rabiul Awal
2.       8hb Rabiul Awal
3.       10hb Rabiul Awal
4.       12hb Rabiul Awal
Kisah kelahiran baginda Nabi Muhammad s.a.w
§  Mengikut pendapat yang sahih, ibu baginda Aminah binti Wahab telah mengandung dalam masa 9 bulan.
§  Berkata Ibn Al Jauzi : Aminah telah berkata ketika beliau mengandung Rasulullah s.a.w “Saya tidak merasakan saya ini sedang hamil, juga tidak merasa berat seperti yang dirasakan oleh semua wanita yang sedang hamil, namun saya merasa syak wasangka kerana haid saya tidak datang, setelah itu datanglah seseorang  kepadaku pada waktuku dalam keadaan tidur dan terjaga lalu dia berkata:”apakah engkau merasakan bahawa dirimu sedang hamil? Aku menjawab: Tidak tahu. Dia berkata lagi:”sesungguhnya kamu telah mengandungkan bayi yang akan menjadi pemimpin dan nabi umat ini, waktu itu adalah hari Isnin”
§  Semasa Aminah melahirkan Nabi Muhammad s.a.w beliau telah melihat cahaya keluar dari dirinya yang dapat menyinari bumi Syam.
§  Berkata Ibn Al jauzi : Muhammad bin Sa’ad telah meriwayatkan dari segolongan ahli ilmu bahawa Aminah telah menceritakan bahawa ketika baginda s.a.w lahir baginda jatuh ke tanah dengan bersandarkan pada kedua tangannya
§  Berkata Ikrimah: Aku melihat bayi tersebut (Muhammad s.a.w) pada waktu itu matanya terbuka dan melihat ke langit.
§  Berkata Abbas bin Abdul Mutallib : Rasulullah s.a.w dilahirkan dalam keadaan telah berkhatan dan telah dipotong tali pusatnya
§  Sebelum kelahiran Nabi s.a.w api yang disembah oleh penganut agama Majusi telah terpadam dengan tiba-tiba serta gereja-gereja di sekitar tasik sawah juga turut  runtuh.
§  Diceritakan bahawa iblis telah berteriak dengan empat kali teriakan :
1.       Dia berteriak pada waktu Allah melaknat dan mengusirnya
2.       Dia bereteriak pada waktu dihalau dan diturunkan dari Syurga
3.       Dia berteriak pada waktu lahirnya Nabi Muhammad s.a.w
4.       Dia berteriak ketiak surau AL Fatihah diturunkan
Kewafatan baginda s.a.w
§  PERMULAAN SAKIT. 
Di  hari  kedua  puluh  sembilan  (29)  bulan  Safar  tahun  kesebelas  (11)  hijrah,  pada  hari  Isnin,  Rasulullah berkesempatan menghadiri pengkebumian jenazah di al-Baqi'. Dipertengahan jalan sekembalinya dari al-Baqi', Baginda terasa sakit kepala, panasnya terlalu menjadi-jadi, orang  yang  disekeliling  Baginda  turut  merasai  kepanasannya  terutama  di  atas  kain  balutan  di kepala Baginda yang mulia itu.
 
§  MINGGU TERAKHIR 
Sakit  semakin  memberat,  membawa  Rasulullah  bertanya  isteri-isterinya;  "Di  mana  giliran  ku besok?  Di  mana  giliranku  besok?".  Semua  mereka  memahami  tujuan  Rasulullah  (s.a.w)  itu, justeru  itu  Baginda  dibenarkan  untuk  duduk  di  mana-mana  sahaja,  dengan  itu  Baginda berpindah  ke  rumah  Aisyah,  Baginda  berjalan  di  antara  al-Fadlu  bin  al-Abbas  dan  Ali  bin  Abi Talib,  sedang  kepala  Baginda  berbungkus  dengan  kain,  meletak  kakinya  selangkah  demi selangkah  hinggalah  Baginda  memasuki  rumahnya,  di  situ  Baginda  menghabiskan  baki umurnya yang seminggu itu. 
 
§  LIMA HARI SEBELUM KEWAFATAN 
Pada  hari  Rabu  iaitu  lima  hari  sebelum  kewafatan,  kepanasan  badan  Rasulullah  semakin meningkat,  di  mana  Rasulullah  (s.a.w)  semakin  bertambah  sakit  dan  pening-pening menyebabkan  Baginda  menyuruh  dengan  sabdanya  yang  bermaksud:  "Curahkan  ke  atas  ku tujuh  uncang  air  dari  berbagai  telaga  supaya  dapat  ku  keluar  menemui  orang  ramai  dan  aku boleh  bertemu  dengan  mereka".  Dengan  itu  maka  yang  hadir  di  situ  membiarkan  Rasulullah duduk di atas tilam kemudian mereka mencucuri air ke atas seluruh badan Rasuiullah, hingga Rasuiullah (s.a.w) berkata: "cukup, cukup". 
 
§  EMPAT HARI SEBELUM KEWAFATAN  
Di hari Khamis iaitu empat hari sebelum kewafatan, sakit Baginda semakin berat, Baginda telah meminta dengan katanya: "Tolong bawa ke mari untuk ku tulis buat kamu semua bingkisan, di mana kamu tidak akan sesat lepas itu".  Walau pun nabi dalam keadaan sakit namun Baginda terus mengimami solat ,  hingga ke hari Khamis empat hari sebelum Baginda wafat. Di hari itu Baginda bersembahyang maghrib dengan membaca surah "al-Mursalat ". 
Semasa  sembahyang  Isya'  sakit  Baginda  bertambah  berat,  menyebabkan  Baginda  tidak terdaya  untuk  keluar  ke  masjid,  kata  Aisyah:  Rasulullah  bersabda  yang  bermaksud:  "Apakah orang ramai sudah sembahyang?". Kata kami: "Tidak wahai Rasulullah, mereka semua sedang menunggu tuan hamba". Kata Baginda lagi: Sediakan air di dalam talam itu". Kami pun berbuat mengikut  seperti  suruhan  Baginda,  dengan  itu  Baginda  pun  bersuci,  dan  bangun  namun Baginda  telah  pitam  di  situ  kemudian  sedai  bertanya  pula:  "Apakah  orang  ramai  sudah bersembahyang.  Kejadian  pitam  ini  berulang  kali  berlaku  seperti  yang  pertama  iaitu  selepas Baginda  bersuci,  akhirnya  Baginda  suruh  Abu  Bakr  bersembahyang  mengimami  orang  ramai.
 
§  SEHARI ATAU DUA HARI SEBELUM WAFAT 
Di  hari  Sabtu  atau  Ahad  nabi  (s.a.w)  merasa  dirinya  ringan  sedikit,  justeru  itu  Baginda  keluar dengan  dibantu  oleh  dua  orang  untuk  bersembahyang  Zohor,  sedang  Abu  Bakr  mengimami orang ramai.
 
§  SEHARI SEBELUM WAFAT 
Pada hari Ahad iaitu sehari sebelum wafat, Rasulullah (s.a.w) memerdekakan kesemua hamba  sahaya,  bersedekah  dengan  tujuh  dinar  yang  Baginda  miliki  pada  ketika  itu,  semua  senjata-senjatanya  diberikan  kepada  kaum  muslimin.  Di  malam  berkenaan  Aisyah  meminjam  minyak untuk menghidupkan lampu dari jirannya, baju besi Rasulullah s.a.w tergadai pada seorang Yahudi dengan tiga puluh cupak gandum.
 
§  HARI TERAKHIR DALAM HAYAT BAGINDA 
Anas bin Malik meriwayatkan katanya: Sekalian kaum muslimin yang sedang bersolat Subuh di belakang  Abu  Bakr  di  hari  Isnin  itu  dikejut  oleh  kemunculan  Rasulullah  dari  sebelah  tabir  bilik Aisyah  sedang  jemaah  bersembahyang.  Baginda  melihat  dan  memberi  senyumannya,  Abu
Bakr  pun  berundur  ke  belakang  untuk  menyertai  saf  di  belakang,  kerana  beliau  menyangka Rasulullah  hendak  keluar  bersembahyang.  Kata  Anas  lagi:  Hampir-hampir  sidang  jemaah terpesona  dengan  solat  mereka  kerana  gembira  melihat  Rasulullah  (s.a.w)  namun  Baginda memberi  isyarat  kepada  mereka  supaya  meneruskan  sembahyang.  Lepas  itu  Baginda melepaskan tabir dan masuk ke dalam. Selepas itu Rasulullah (s.a.w) tidak berkesempatan lagi untuk bersembahyang lima waktu yang lain.  Semasa siang semakin cerah Rasulullah (s.a.w) menjemput Fatimah dan membisik kepadanya sesuatu, menyebabkan beliau menangis, lepas itu Baginda memanggil Fatimah dan membisik kepadanya  sesuatu  menyebabkan  Fatimah  tersenyum,  kemudian  Aisyah  berkata:  Kami  pun bertanya  apa  ceritanya?.  Jawab  Fatimah:  "Baginda  membisik  bahawa  Allah  akan menjemputnya melalui sakit yang Baginda alami ini, itulah yang membawa aku menangis, pada kali  kedua  Rasulullah  (s.a.w)  membisikkan  bahawa  daku  ahli  keluarganya  yang  diwafatkan Allah selepas Baginda, itulah yang menyebabkan daku tersenyum".  Selain  dari  itu  Rasulullah  (s.a.w)  juga  memberi  khabar  gembira  (tabsyir)  kepada  Fatimah bahawa  beliau  adalah  Syayyidah  Nisa'  al-'Alamin  (Penghulu  Wanita  Dunia).  Fatimah  melihat
beban  kesakitan  terlalu  berat  dialami  oleh  Rasulullah  (s.a.w).  Beliau  berkata:  "Alangkah  berat siksa bapa". Jawab Rasulullah (s.a.w): "Tiada siksa lagi bagi bapamu selepas hari ini".  Di saat ini Rasulullah (s.a.w) memanggil al-Hasan dan al-Husain dan Baginda mencium kedua-duanya  sambil  berwasiat  kepada  mereka  berdua  dengan  kebaikan,  kemudian  Rasulullah menjemput isteri-isterinya, menasihati dan memperingatkan mereka.  Kesakitan semakin bertambah, dan kesan racun yang Baginda termakan di hari Khaibar boleh dilihat,  menyebabkan  Rasulullah  berkata:  "Wahai  Aisyah  kini  aku  masih  terasa  sakit  kesan makanan di hari Khaibar dahulu, inilah masanya aku mendapati nafas ku sesak terputus-putus kerana kesan racun itu". Rasulullah mewasiatkan orang ramai dengan sabdanya: "Solat, solat dan  berbuat  baiklah  kepada  hamba  sahaya  milik  kamu".  Baginda  mengulangi  ungkapan  ini berkali-kali. 

 
§  NAZAK 
Saat nazak mendatangi Rasulullah (s.a.w), dan Aisyah bertindak membiarkan Rasulullah (s.a.w) bersandar  kepadanya.  Hal  ini  beliau  ceritakan  dengan  katanya:  "Sebenarnya  di  antara  nikmat  anugerah Allah ke atas ku di mana Rasulullah meninggal di rumahku, di hari giliran ku di antara dada  dan  leherku,  dan  mencantumkan  di  antara  liur  ku  dan  liur  Baginda  semasa  kewafatan Baginda.  Sebelum  itu  Abdul  al-Rahman  bin  Abu  Bakr  telah  masuk  ke  bilik  beliau  dengan memegang kayu suginya, dan aku membiarkan Rasulullah (s.a.w) bersandar, kulihat Rasulullah (s.a.w) memerhati ke arahnya, ku sedar bahawa Rasulullah (s.a.w) suka dan hendakkan siwak (sugi) tersebut. Justeru aku bertanya: Mahukah ku ambil untukmu Rasulullah? Rasulullah (s.a.w) pun  mengangguk  kepalanya,  kemudian  ku  berikan  siwak  kepada  Baginda,  tetapi  ianya  keras sedikit dan ku berkata: Biarkan ku lembutkannya? Baginda menganguk kepalanya, dengan itu ku pun melembutkannya, maka Rasulullah (s.a.w) pun bersugi dengannya". Dalam satu riwayat lain bahawa Baginda bersugi dengan sepuas-puasnya, pada masa itu terdapat sebuah bijana di hadapan Rasulullah berisi air di mana Baginda memasukkan tangannya untuk menyapukan air   ke  mukanya  sambil  berkata  yang  bermaksud:  "Sebenar  kematian  ini  ada  sakarahnya"  Tidak  berapa  lama  selepas  Baginda  selesai  menyugi  giginya,  Rasulullah  pun  mengangkat tangannya  ke  langit  atau  jarinya  diikuti  dengan  renungan  matanya  ke  atas,  disusuli  dengan gerakan  bibirnya.  Aisyah  telah  mendengar  ungkapan  terakhir  yang  dilafazkan  oleh  Rasulullah (s.a.w) seperti berikut :  Bersama-sama dengan mereka yang telah Engkau kurniakan dan golongan para nabi, siddiqin, syuhada' dan salihin, Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah daku dan kasihanilah daku, letakkanlah daku dengan Kekasih yang Tertinggi, Ya Allah Ya Tuhanku Kekasih yang Tertinggi.  Baginda mengulangi lafaz yang terakhir sebanyak tiga kali dan tangan Baginda pun layu turun ke  bawah,  maka  Baginda  pun  terus  bersama  Kekasih  Yang  Tertinggi. "Sesungguhnya  kita  ini bagi Allah dan sesungguhnya kepadaNya kita semua kembali".  Peristiwa kewafatan Rasulullah ini berlaku ketika pagi sudah meningkat di hari Isnin dua belas (12) Rabiulawwal tahun kesebelas (11) Hijrah di waktu usia Rasulullah genap enam puluh tiga (63) tahun dan empat (4) hari. 

No comments:

Post a Comment