Sunday, April 11, 2010

Nisa' Smallkindness Kudat 2010



ZIARAH AMAL NISA’


TEMA :


“WE LOVE, WE CARE”



TARIKH:

25 APRIL 2010


TEMPAT:
HOSPITAL BESAR, KUDAT


ANJURAN:

NISA’ KAWASAN KUDAT


 PENDAHULUAN
      Hospital atau pun pusat kesihatan tidak pernah surut dengan kehadiran pesakit- pesakit yang memerlukan rawatan dan bantuan. Bagi insan yang diberi nikmat kesihatan yang lebih baik, kita digalakkan untuk memberi kegembiraan dan manfaat kepada orang lain.
        Sehubungan itu, Nisa’ Kudat mengambil inisiatif untuk mengadakan Program Ziarah Amal dengan tema “We Love,We Care”(‘Kami Cinta Kami Prihatin) dan diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan antara generasi muda dengan masyarakat luar yang memerlukan bantuan. Program yang julung kali diadakan ini adalah salah satu usaha Nisa’ Kudat untuk membantu golongan pesakit dan seterusnya dapat memberikan khidmat bakti kepada masyarakat. 

OBJEKTIF
Program ini adalah bertujuan untuk :
a) Mendekati dan memberikan bantuan (material, sokongan moral/psikologi) kepada penjaga dan pesakit yang mengalami masalah tekanan jiwa dan penyakit kronik
b) Mengalakkan penglibatan generasi muda untuk melakukan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan

TARIKH, HARI , MASA DAN TEMPAT PROGRAM
Tarikh   : 25 April 2010
Hari     : Ahad
Masa     : 9.00 pagi – 11.30  tengah hari
Tempat   : Hospital Besar, Kudat

AJK PELAKSANA
Penasihat   : Pn. Norhayati Bt. Ghani
Pengarah   : Noor Ezzah Mohd Shaipullah
Timbalan Pengarah  : Khasmahwati binti Tammoyo
Setiausaha   : Siti Ainalyn binti Latik
Bendahari   : Nasuha Pauzi
Protokol & Sambutan  : Junisha binti Johari
Modul & Pengisian  : Norlizawati Abdul Wahab
Dana & Sumbangan  : Salmah Bt. Selama & Cik Suziani Bt. Hamzah
Hadiah & Cenderahati  : Nurisah bt Majan & Nurshizan Osman
Tugas-tugas Khas  : Noraime Bt. Noorsatah

SUMBANGAN  
Diharapkan agar tuan/puan dapat menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang ATAU barangan bagi melancarkan perlaksanaan program NSK’10 ini pada tarikh dan masa yang ditetapkan. 
Untuk menyumbang, sumbangan tersebut boleh dimasukkan ke dalam akuan NASUHA BINTI PAUZI (bendahari), MAYBANK ( 153010634243 ) atau berhubung terus dengan Cik Noor Ezzah Mohd Shaipullah di talian 019-4374026. Untuk surat dan kertas kerja penuh program ini, bolehlah emel kepada nisakudat@gmail.com.

PENUTUP

Semoga program ini dapat membudayakan kasih sayang dalam diri kita semua terhadap golongan yang memerlukan.

No comments:

Post a Comment