Sunday, April 25, 2010

"Sekecil Sumbangan, Sebesar Harapan..."

Pada 25 April 2010 terlaksana sudah Program Ziarah Amal Nisa' Smallkindness Kawasan Kudat. Program yang bertemakan "We Love, We Care" ini telah diadakan di Hospital Besar Daerah Kudat bermula jam 9.30pagi dan berakhir jam 11.30tengahari. Sehubungan dengan itu, Nisa' ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada krew Nisa' yang bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini dan tidak terkecuali staff hospital yang banyak membantu dan memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program tersebut berlangsung. Program yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk meraikan juga krew baru Nisa' yang baru mendaftar sebagai ahli pada awal tahun yang lalu disamping menabur bakti dan sumbangan kepada ibu dan adik-adik yang berada di wad kanak-kanak itu. Berikut adalah sedikit 'buah tangan' dari program yang sudahpun berlangsung dan diharap ia dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Bagi yang masih belum memberikan sumbangan, bolehlah bank in terus ke dalam 

Akaun Maybank bendahari iaitu ; Cik Nasuha Bt. Pauzi, No Akaun : MAYBANK ( 153010634243 ), atau berhubung terus dengan Cik Noor Ezzah Mohd Shaipullah di talian 019-4374026 atau emel kepada nisakudat@gmail.com.

Tahniah dan terima kasih! 

Adik-adik khusyuk mendengar cerita...

Sekecil Sumbangan, Sebesar Harapan...


Terima kasih! Bersama staff di Wad Kanak-kanak Hospital Kudat

No comments:

Post a Comment