Saturday, October 30, 2010

Perkongsian Buat Semua

ANDAI SEMUA ITU BELUM CUKUP!

Bagaimana kita menanggapi sekian banyak 'teguran' dari ALLAH SWT ini. Adakah cukup dengan rasa sedih dan pilu tatkala menghitung angka korban, jumlah kerugian harta benda, atau hanya memanjangkan perdebatan tentang siapakah yang bertanggungjawab atas kerosakan dan kehilangan nyawa, sekadar itu?

Atau pernahkah kita meneliti dan mempelajari hikmah disebalik semua musibah ini: tsunami Aceh 2004 yang sangat menggerunkan, diikuti gempa bumi yang dahsyat di sana sini, dengan sekian banyak ‘ayat-ayat-NYA' yang terserlah dari setiap peristiwa yang terjadi, sungguh mudah dan cepat kita melupakannya, tidak ada iktibar yang singgah menginsafkan kita untuk kembali kepada-NYA..renungkanlah!


Angka korban meningkat


PADANG: Pesawat dan helikopter yang penuh dengan pekerja penyelamat dan bekalan bantuan mendarat buat kali pertama di kepulauan pedalaman Indonesia semalam selepas kawasan berkenaan dilanda tsunami setinggi tiga meter lewat Isnin lalu, meragut sekurang-kurangnya 311 nyawa.
Seramai 160 cedera manakala 410 lagi hilang.

Gambar pertama yang dirakam menerusi udara menunjukkan sebahagian besar kawasan itu ditenggelami air dan tempat kediaman musnah akibat dipukul ombak besar itu.

Ia satu daripada dua bencana yang melanda Indonesia dalam tempoh 24 jam. Gunung berapi paling aktif di negara itu, Gunung Merapi yang terletak kira-kira 1,300 kilometer ke timur Sumatera meletup petang kelmarin, mengeluarkan asap dan menyebabkan 30 orang terbunuh.
Kedua-dua kejadian itu berlaku di sepanjang Lingkaran Api yang terdedah kepada gempa bumi dan kegiatan gunung berapi.

Sejak gempa melanda Kepulauan Mentawai malam Isnin lalu, ombak kuat dan cuaca buruk menjejaskan operasi menyelamat, menyebabkan penduduk terpaksa berdikari untuk menyelamatkan diri.
Tanpa tenaga secukupnya untuk menggali kubur, mayat terbiar bergelimpangan di kawasan pantai dan jalan raya, kata ketua daerah di kepulauan itu, Edison Salelo Baja.

Pegawai bantuan bencana masih berusaha menjejaki lebih 12 kampung di kawasan paling teruk terjejas di Kepulauan Mentawai, destinasi popular untuk peluncur ombak.

Kawasan itu hanya boleh dimasuki dengan menaiki bot selama 12 jam.

Ketua Pusat Bencana Kementerian Kesihatan, Mujiharto berkata, pegawai bantuan membawa bersama-sama mereka beratus-ratus beg mayat.

Gempa dengan magnitud 7.7 itu yang melanda lewat Isnin lalu berlaku 20 kilometer di bawah dasar lautan. Ia diekori dengan sekurang-kurangnya 14 gegaran susulan dengan yang terkuat berukuran 6.2.

Ketua Pusat Pengurusan Bencana Sumatera Barat, Harmensyah berkata, jumlah korban akibat tsunami itu meningkat kepada 311 orang dan lebih 400 penduduk hilang.

Pegawai berkata, beratus-ratus rumah kayu hanyut di Pulau Pagai dengan sebahagian besar kawasan pertanian dan jalan raya ditenggelami air.

Di Muntei Baru, sebuah kampung di Pulau Silabu, 80 peratus kediaman rosak teruk.

Kedua-dua pulau itu adalah sebahagian daripada kepulauan Mentawai, kira-kira 270 kilometer dari pantai barat Sumatera. - A
FP

Sesungguhnya saya kesal, kecewa dan dukacita membaca laporan akhbar yang menyebut bahawa kerajaan berhasrat
menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.
Laporan berkenaan boleh didapati di sini.
Tidak cukupkah lagi lambakan pusat-pusat hiburan yang melalaikan yang wujudnya bak cendawan tumbuh selepas hujan, sehingga perlu ditambah dan diperhebatkan?
Tidak sedarkah lagi dengan keruntuhan akhlak dan moral masyarakat yang tergambar dari kes-buang bayi, zina dan pergaulan bebas, pembunuhan kejam, samun dan rompakan dan lain-lain kejahatan yang menghakis damai dan tenang dari kehidupan seharian?
Andai tsunami Aceh masih belum mampu menyedarkan, andai gempa di sana sini belum cukup menginsafkan, bimbanglah....khuatirlah...., bahawa ALLAH sangat mampu ‘mengingatkan’ kita dengan sesuatu yang lebih besar, lebih hebat dan lebih memusnahkan dari semua bencana alam yang pernah berlaku sebelum ini.
Sesungguhnya kami berlindung hanya kepada-MU ya ALLAH...kerana kami sedar :


انا لله وانا اليه راجعون


Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.
Jumpa lagi, InsyaALLAH.

Sumber : http://ummuhusna99.blogspot.com/2010/10/andai-semua-itu-belum-cukup.html

Sunday, October 24, 2010

~~Terima Kasih Adik-Adik Semua!!! ~~


Salam Sejahtera...Tahniah buat Pengarah Program Teen Talk Circle 2010 (Talkshow), Saudari Ainalyn Latik kerana berjaya mengumpulkan adik-adik yang bakal menduduki SPM 2010 dalam program ini! Terima kasih juga kepada adik Nisa yang membantu dalam mendapatkan penyertaan program ini...:-), Luv U Nisa...

Alhamdulillah, seramai 30 orang adik-adik peserta yang hadir ke program motivasi yang berbentuk santai namun penuh dengan info yang bermanfaat ini...

Program yang diadakan pada hari Sabtu yang lalu, iaitu 23 November 2010, bertempat di Masjid As-Syakirin Daerah Kudat, sangat meriah dah mendapat feedback yang positif daripada adik-adik. Alhamdulillah, kesemua adik-adik ini menjadi ahli Nisa' Kawasan Kudat dan akan diberitahu info terbaru tentang Nisa' dari masa ke semasa...Adik-adik...We All Love You Sooo Much!

Jadi, adik-adik di luar sana apa tunggu lagi? Sertailah kami sekarang dan adik-adik akan dapat banyak manfaat daripada program-program dan aktiviti yang bakal dijalankan...

Salam Manis dari kami;
Krew Nisa' Kudat ;-)

Sunday, October 17, 2010

.:: Nisa' Rindukan Adik-Adik...!!! ::.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...Apa khabar? Sudah lama kami tidak berkumpul dan berprogram disebabkan kekangan tugas dan pelajaran masing-masing...Namun begitu, adik-adik Nisa' di Kudat sentiasa di hati kami...Oleh itu, kami ingin bertemu adik-adik lagi di dalam program yang bakal kami war-warkan tidak lama lagi...Ekoran daripada itu, kami semua sedang berbincang untuk mencuri sedikit waktu yang lapang untuk berprogram bersama adik-adik...Program apa lagi ni??? Tunggu...!

Sempat lagi kakak-kakak Nisa' ini bersantai di Esplanade, yea?

Meeting santai sambil mengeratkan silaturrahmi sesama krew...




Moga kita berjumpa lagi....
 
 

Salam Sayang dari Kami ;
Krew Nisa' Kudat



Tahniah! Alfu Mabruk!!!



Tahniah buat adik Azimah yang bakal melanjutkan pelajarannya di KUIS, Selangor dalam bidang Syariah dan Undang-Undang. Semoga adik Azimah bakal menjadi peguam yang disegani dan dapat berbakti kepada masyarakat di Daerah Kudat pada masa akan datang...Kami iringkan dengan doa agar adik Azimah sentiasa cemerlang dan berjaya di dalam pelajaran dan hidup di dunia dan akhirat....Amin...Bersempena dengan itu, Nisa' Kudat mengadakan sedikit 'kejutan' buat adik Azimah sebagai kenang-kenangan dari kami serta sedikit sharing moment dan sedikit nasihat bersama kakak-kakak yang sudah pun berpengalaman dengan kehidupan di kampus dan universiti...Semoga Azimah terus berbakti kepada masyarakat tidak kira walau di mana pun Azimah berada....




Suprise dari Nisa' Kudat buat adik Azimah...


Tahniah adik Azimah! Selamat Maju Jaya!


Doa kami sentiasa mengiringi hidup adik....
Tahniah! Congratulations! Alfu Mabruk!
Daripada kami, Krew Nisa' Kudat... ;)

~~Barakallah...Selamat Menjalani Hidup Berkeluarga~~

Sekalung ucapan tahniah buat sahabat Nisa' yang telah selamat mendirikan baitul mawaddah pada bulan Jun (5/6/2010) dan September (25/9/2010) yang lepas... Moga menjadi suri tauladan yang solehah dan bakal membina usrah sakinah bersama zauj tersayang...Amin.... Baarakallahu lakuma wabaraka 'alaikuma wa jama'a baina kuma fiil khair...InsyaAllah...amin...
Kak Suziyani Bersama Nisa' Kudat yang hadir...

Kak Liza Bersama Nisa' Shah Alam yang hadir...

Moga Berbahagia Selalu...
Ikhlas daripada kami ;
Krew Nisa' Kudat