Tuesday, April 5, 2011

Nisa' Games Kudat 2011S


Semua adik-adik muslimah, kakak-kakak, makcik-makcik, ibu-ibu, mama-mama, mak-mak, ummi-ummi, cikgu tadika, cikgu sekolah, kerja pejabat, jururawat-jururawat, ustazah-ustazah, cikgu-cikgu, teacher-teacher, miss, misses, cik-cik, puan-puan semuanya dijemput hadir.... :)))

Pelbagai aktiviti dan hadiah menanti anda! Kita jumpa di sana bah!

Sunday, February 6, 2011

Aku Dibius Cinta!




Friday, December 31, 2010

Iklan Jawatan Kosong...

Jawatan Kosong Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

1. Pegawai Penguatkuasa N41 (50 Kekosongan)

Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Januari 2011

-------------------------------

Jawatan Kosong Lembaga Lada Malaysia

1. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q27 (1 Kekosongan)
2. PEMBANTU PENYELIDK GRED Q17 (4 Kekosongan)
3. JURUTEKNIK GRED J17 (3 Kekosongan)

Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut

Tarikh Tutup Permohonan : 14 Januari 2011
-------------------------------

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)

1. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17 (1 Kekosongan)
2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN /OPERASI) GRED N17 (2 Kekosongan)
3. PEMBANTU PERTANIAN GRED G17 (4 Kekosongan)

Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut

Tarikh Tutup Permohonan : 16 Januari 2011
-------------------------------

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)

1. Penolong Pegawai Tadbir (1 kekosongan)
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (3 kekosongan)
3. Pembantu Setiausaha Pejabat (2 kekosongan)
4. Pengawal Keselamatan (1 kekosongan)
5. Pembantu Am Pejabat (1 kekosongan)
6. Pekerja Awam (3 kekosongan)

Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut

Tarikh Tutup Permohonan : 5 Januari 2011


-------------------------------

Jawatan Kosong Kementerian Pelajaran Malaysia

1. Guru Sandaran Terlatih

Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut

Tarikh Tutup Permohonan: 14 Januari 2011


-------------------------------

Jawatan Kosong Univerisiti Malaysia Kelantan (UMK)

Universiti Malaysia Kelantan or UMK is a new public institution of higher learning incorporated by the Government of Malaysia. The University is in operation since July 2007 where entrepreneurship education is the foundation for all curricula. Thus champions in entrepreneurship education. We are looking for a dynamic, creative, independent and highly motivated individual with good academic qualifications and strong interest in teaching and research to take up the following positions in specific area of specialization as identified by the following academic cluster/groups.

ACADEMIC POSITIONS: Tutor/Language Teacher/Lecturer/Senior Lecturer/Associate Professor/Professor

Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut

Closing Date : 31 December 2010

-------------------------------

Jawatan Kosong Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB)

Malaysia Airports is an established public-listed company primarily involved in the management, operation and maintenance as well as provision of airport related services to the majority of airports in Malaysia with KLIA being the flagship. As a dominant player with high ambition, we understand that it is the cumulative knowledge, expertise and talents of our people, which will lead us to future success. As such, we place great emphasis on our human capital to meet the challenges and demands of the present and future environment.

1. EXECUTIVE - LEGAL

Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut

Closing Date : 31 Disember 2010
 
p/s : Maklumat lanjut boleh lihat di laman ini : Klik Sini Iklan Jawatan Kosong

Jawatan Kosong....

Jawatan Kosong Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

1. Pegawai Penguatkuasa N41 (50 Kekosongan)

Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Januari 2011

-------------------------------

Jawatan Kosong Lembaga Lada Malaysia

1. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q27 (1 Kekosongan)
2. PEMBANTU PENYELIDK GRED Q17 (4 Kekosongan)
3. JURUTEKNIK GRED J17 (3 Kekosongan)

Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut

Tarikh Tutup Permohonan : 14 Januari 2011
-------------------------------

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)

1. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17 (1 Kekosongan)
2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN /OPERASI) GRED N17 (2 Kekosongan)
3. PEMBANTU PERTANIAN GRED G17 (4 Kekosongan)

Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut

Tarikh Tutup Permohonan : 16 Januari 2011
-------------------------------

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)

1. Penolong Pegawai Tadbir (1 kekosongan)
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (3 kekosongan)
3. Pembantu Setiausaha Pejabat (2 kekosongan)
4. Pengawal Keselamatan (1 kekosongan)
5. Pembantu Am Pejabat (1 kekosongan)
6. Pekerja Awam (3 kekosongan)

Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut

Tarikh Tutup Permohonan : 5 Januari 2011


-------------------------------

Jawatan Kosong Kementerian Pelajaran Malaysia

1. Guru Sandaran Terlatih

Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut

Tarikh Tutup Permohonan: 14 Januari 2011


-------------------------------

Jawatan Kosong Univerisiti Malaysia Kelantan (UMK)

Universiti Malaysia Kelantan or UMK is a new public institution of higher learning incorporated by the Government of Malaysia. The University is in operation since July 2007 where entrepreneurship education is the foundation for all curricula. Thus champions in entrepreneurship education. We are looking for a dynamic, creative, independent and highly motivated individual with good academic qualifications and strong interest in teaching and research to take up the following positions in specific area of specialization as identified by the following academic cluster/groups.

ACADEMIC POSITIONS: Tutor/Language Teacher/Lecturer/Senior Lecturer/Associate Professor/Professor

Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut

Closing Date : 31 December 2010

-------------------------------

Jawatan Kosong Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB)

Malaysia Airports is an established public-listed company primarily involved in the management, operation and maintenance as well as provision of airport related services to the majority of airports in Malaysia with KLIA being the flagship. As a dominant player with high ambition, we understand that it is the cumulative knowledge, expertise and talents of our people, which will lead us to future success. As such, we place great emphasis on our human capital to meet the challenges and demands of the present and future environment.

1. EXECUTIVE - LEGAL

Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut

Closing Date : 31 Disember 2010
 
p/s : Maklumat lamjut boleh lihat di laman ini : Klik Sini Iklan Jawatan Kosong

Wednesday, December 22, 2010

Program D-Qalbu II 2010

Alhamdulillah Program D-Qalbu II 2010 dengan tema "Explorasi Hati" berjaya dilaksanakan. Program ini dilaksanakan bagi memenuhi permintaan adik-adik. Bertemakan "Ekplorasi Hati " yang mana membawa adik-adik untuk koreksi hati dan diri serta membersihkan hati dari perkara-perkara yang merosakkan. Seramai 17 orang adik-adik nisa' telah menyertai program yang dijalankan di Explanade Sidek Kudat ini. Program bermula jam 8.30 pagi dan selesai pada pukul 2.00 petang.

Sesi ta'aruf bersama kak Salma di stesen yang pertama...



Puzzle Hadis....ingat hadis ni yerr..




Adik-adik sibuk cari klu...


Adik-adik kena denda sebab tidak dapat cari klu...



kena denda nyanyi lagu tema "sekeping Hati" by Saujana

Sahibba Hati....


 



Bersama kak Ana di stesen keempat...
muhasabah diri dengan koreksi hati seperti mana menjaga pakaian kita dari terkena kotoran.. kata kak ana pada adik-adik


Stesen Terakhir bersama kak Ain...adik-adik terpaksa berjalan kaki dari explanad Sidek ke Masjid sambil membawa amanah botol berisi air yang telah dilubangkan..
Analogi pembersihan Hati oleh kak Ain..


Sesi penyampaian cenderahati oleh Pengarah program berupa barangan minuman produk HPA untuk adik-adik...



 Nisa' Kudat mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ajk Nisa' yang terlibat, para penyumbang sama ada wang mahu pun barangan dari stokis HPA Kudat serta adik-adik kerana sudi menjayakan program,
D-Qalbu II ini...
InsyaAllah kita bertemu lagi dalam program Nisa' pada tahun hadapan..

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

Krew Nisa' kudat mengucapkan Selamat tahun baru 1432H buat semua. Semoga perjalanan ini diberkati Allah.Amin.......

Sunday, December 5, 2010

Perkahwinan Pengerusi Nisa' Kudat


Majlis Walima Pengerusi Nisa' Kudat pada 27/11/10-hari sabtu 

Bersama adik-adik nisa'

Bergambar bersama Komuniti HPA Kudat
Semoga Bahtera yang dibina berkekalan hingga hayat dan redha Allah sentiasa menaungi bahtera ini..amiin.
Baarakallahu lakuma wabaraka 'alaikuma wa jama'a baina kuma fiil khair...InsyaAllah...amin...

Monday, November 8, 2010

Nisa' Bersama Majlis Ihtifal Pasti Kudat

Lokasi : Dewan SMK Abdul Rahim 2
Tarikh : 6 November 2010 (Sabtu)

 Guru-guru Pasti Kudat

 Guru Pasti turut mendapat penghargaan atas sumbangan mereka, tahniah!

 Persembahan Dikir Barat dari adik-adik Pasti

 Adik-adik Pasti berkumpul bersama kakak-kakak Nisa' di surau

Kakak-kakak Nisa' yang terlibat dalam Majlis Ihtifal Pasti
Terima kasih atas bantuan yang dihulurkan...

Saturday, October 30, 2010

Perkongsian Buat Semua

ANDAI SEMUA ITU BELUM CUKUP!

Bagaimana kita menanggapi sekian banyak 'teguran' dari ALLAH SWT ini. Adakah cukup dengan rasa sedih dan pilu tatkala menghitung angka korban, jumlah kerugian harta benda, atau hanya memanjangkan perdebatan tentang siapakah yang bertanggungjawab atas kerosakan dan kehilangan nyawa, sekadar itu?

Atau pernahkah kita meneliti dan mempelajari hikmah disebalik semua musibah ini: tsunami Aceh 2004 yang sangat menggerunkan, diikuti gempa bumi yang dahsyat di sana sini, dengan sekian banyak ‘ayat-ayat-NYA' yang terserlah dari setiap peristiwa yang terjadi, sungguh mudah dan cepat kita melupakannya, tidak ada iktibar yang singgah menginsafkan kita untuk kembali kepada-NYA..renungkanlah!


Angka korban meningkat


PADANG: Pesawat dan helikopter yang penuh dengan pekerja penyelamat dan bekalan bantuan mendarat buat kali pertama di kepulauan pedalaman Indonesia semalam selepas kawasan berkenaan dilanda tsunami setinggi tiga meter lewat Isnin lalu, meragut sekurang-kurangnya 311 nyawa.
Seramai 160 cedera manakala 410 lagi hilang.

Gambar pertama yang dirakam menerusi udara menunjukkan sebahagian besar kawasan itu ditenggelami air dan tempat kediaman musnah akibat dipukul ombak besar itu.

Ia satu daripada dua bencana yang melanda Indonesia dalam tempoh 24 jam. Gunung berapi paling aktif di negara itu, Gunung Merapi yang terletak kira-kira 1,300 kilometer ke timur Sumatera meletup petang kelmarin, mengeluarkan asap dan menyebabkan 30 orang terbunuh.
Kedua-dua kejadian itu berlaku di sepanjang Lingkaran Api yang terdedah kepada gempa bumi dan kegiatan gunung berapi.

Sejak gempa melanda Kepulauan Mentawai malam Isnin lalu, ombak kuat dan cuaca buruk menjejaskan operasi menyelamat, menyebabkan penduduk terpaksa berdikari untuk menyelamatkan diri.
Tanpa tenaga secukupnya untuk menggali kubur, mayat terbiar bergelimpangan di kawasan pantai dan jalan raya, kata ketua daerah di kepulauan itu, Edison Salelo Baja.

Pegawai bantuan bencana masih berusaha menjejaki lebih 12 kampung di kawasan paling teruk terjejas di Kepulauan Mentawai, destinasi popular untuk peluncur ombak.

Kawasan itu hanya boleh dimasuki dengan menaiki bot selama 12 jam.

Ketua Pusat Bencana Kementerian Kesihatan, Mujiharto berkata, pegawai bantuan membawa bersama-sama mereka beratus-ratus beg mayat.

Gempa dengan magnitud 7.7 itu yang melanda lewat Isnin lalu berlaku 20 kilometer di bawah dasar lautan. Ia diekori dengan sekurang-kurangnya 14 gegaran susulan dengan yang terkuat berukuran 6.2.

Ketua Pusat Pengurusan Bencana Sumatera Barat, Harmensyah berkata, jumlah korban akibat tsunami itu meningkat kepada 311 orang dan lebih 400 penduduk hilang.

Pegawai berkata, beratus-ratus rumah kayu hanyut di Pulau Pagai dengan sebahagian besar kawasan pertanian dan jalan raya ditenggelami air.

Di Muntei Baru, sebuah kampung di Pulau Silabu, 80 peratus kediaman rosak teruk.

Kedua-dua pulau itu adalah sebahagian daripada kepulauan Mentawai, kira-kira 270 kilometer dari pantai barat Sumatera. - A
FP

Sesungguhnya saya kesal, kecewa dan dukacita membaca laporan akhbar yang menyebut bahawa kerajaan berhasrat
menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.
Laporan berkenaan boleh didapati di sini.
Tidak cukupkah lagi lambakan pusat-pusat hiburan yang melalaikan yang wujudnya bak cendawan tumbuh selepas hujan, sehingga perlu ditambah dan diperhebatkan?
Tidak sedarkah lagi dengan keruntuhan akhlak dan moral masyarakat yang tergambar dari kes-buang bayi, zina dan pergaulan bebas, pembunuhan kejam, samun dan rompakan dan lain-lain kejahatan yang menghakis damai dan tenang dari kehidupan seharian?
Andai tsunami Aceh masih belum mampu menyedarkan, andai gempa di sana sini belum cukup menginsafkan, bimbanglah....khuatirlah...., bahawa ALLAH sangat mampu ‘mengingatkan’ kita dengan sesuatu yang lebih besar, lebih hebat dan lebih memusnahkan dari semua bencana alam yang pernah berlaku sebelum ini.
Sesungguhnya kami berlindung hanya kepada-MU ya ALLAH...kerana kami sedar :


انا لله وانا اليه راجعون


Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.
Jumpa lagi, InsyaALLAH.

Sumber : http://ummuhusna99.blogspot.com/2010/10/andai-semua-itu-belum-cukup.html

Sunday, October 24, 2010

~~Terima Kasih Adik-Adik Semua!!! ~~


Salam Sejahtera...Tahniah buat Pengarah Program Teen Talk Circle 2010 (Talkshow), Saudari Ainalyn Latik kerana berjaya mengumpulkan adik-adik yang bakal menduduki SPM 2010 dalam program ini! Terima kasih juga kepada adik Nisa yang membantu dalam mendapatkan penyertaan program ini...:-), Luv U Nisa...

Alhamdulillah, seramai 30 orang adik-adik peserta yang hadir ke program motivasi yang berbentuk santai namun penuh dengan info yang bermanfaat ini...

Program yang diadakan pada hari Sabtu yang lalu, iaitu 23 November 2010, bertempat di Masjid As-Syakirin Daerah Kudat, sangat meriah dah mendapat feedback yang positif daripada adik-adik. Alhamdulillah, kesemua adik-adik ini menjadi ahli Nisa' Kawasan Kudat dan akan diberitahu info terbaru tentang Nisa' dari masa ke semasa...Adik-adik...We All Love You Sooo Much!

Jadi, adik-adik di luar sana apa tunggu lagi? Sertailah kami sekarang dan adik-adik akan dapat banyak manfaat daripada program-program dan aktiviti yang bakal dijalankan...

Salam Manis dari kami;
Krew Nisa' Kudat ;-)

Sunday, October 17, 2010

.:: Nisa' Rindukan Adik-Adik...!!! ::.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...Apa khabar? Sudah lama kami tidak berkumpul dan berprogram disebabkan kekangan tugas dan pelajaran masing-masing...Namun begitu, adik-adik Nisa' di Kudat sentiasa di hati kami...Oleh itu, kami ingin bertemu adik-adik lagi di dalam program yang bakal kami war-warkan tidak lama lagi...Ekoran daripada itu, kami semua sedang berbincang untuk mencuri sedikit waktu yang lapang untuk berprogram bersama adik-adik...Program apa lagi ni??? Tunggu...!

Sempat lagi kakak-kakak Nisa' ini bersantai di Esplanade, yea?

Meeting santai sambil mengeratkan silaturrahmi sesama krew...




Moga kita berjumpa lagi....
 
 

Salam Sayang dari Kami ;
Krew Nisa' Kudat



Tahniah! Alfu Mabruk!!!



Tahniah buat adik Azimah yang bakal melanjutkan pelajarannya di KUIS, Selangor dalam bidang Syariah dan Undang-Undang. Semoga adik Azimah bakal menjadi peguam yang disegani dan dapat berbakti kepada masyarakat di Daerah Kudat pada masa akan datang...Kami iringkan dengan doa agar adik Azimah sentiasa cemerlang dan berjaya di dalam pelajaran dan hidup di dunia dan akhirat....Amin...Bersempena dengan itu, Nisa' Kudat mengadakan sedikit 'kejutan' buat adik Azimah sebagai kenang-kenangan dari kami serta sedikit sharing moment dan sedikit nasihat bersama kakak-kakak yang sudah pun berpengalaman dengan kehidupan di kampus dan universiti...Semoga Azimah terus berbakti kepada masyarakat tidak kira walau di mana pun Azimah berada....




Suprise dari Nisa' Kudat buat adik Azimah...


Tahniah adik Azimah! Selamat Maju Jaya!


Doa kami sentiasa mengiringi hidup adik....
Tahniah! Congratulations! Alfu Mabruk!
Daripada kami, Krew Nisa' Kudat... ;)

~~Barakallah...Selamat Menjalani Hidup Berkeluarga~~

Sekalung ucapan tahniah buat sahabat Nisa' yang telah selamat mendirikan baitul mawaddah pada bulan Jun (5/6/2010) dan September (25/9/2010) yang lepas... Moga menjadi suri tauladan yang solehah dan bakal membina usrah sakinah bersama zauj tersayang...Amin.... Baarakallahu lakuma wabaraka 'alaikuma wa jama'a baina kuma fiil khair...InsyaAllah...amin...
Kak Suziyani Bersama Nisa' Kudat yang hadir...

Kak Liza Bersama Nisa' Shah Alam yang hadir...

Moga Berbahagia Selalu...
Ikhlas daripada kami ;
Krew Nisa' Kudat

Tuesday, August 10, 2010

Sunday, June 13, 2010

FADHILAT BULAN REJAB



Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"

Rasullulla h s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."

Rasullullah s.a.w. bersabd a;
"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."

Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"

Rasullull ah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"

Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."

SESUNGGUH NYA KEJAYAAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT BERGANTUNG SEJAUH MANA KITA DAPAT MENTAATI PERINTAH ALLAH S.W.T DAN MENGIKUT JEJAK LANGKAH YANG DITUNJUKI OLEH BAGINDA RASUL S.A.W.

Wassalam

Wednesday, June 9, 2010

Jom Join Nisa' Kudat!

Wednesday, May 12, 2010

Karnival Aura Ungu Peringkat Kebangsaan

Warga Kudat dijemput hadir memeriahkan Karnival Aura Ungu di Shah Alam.

Saturday, May 8, 2010

PROGRAM NISA' MALAYSIA


Nisa' Malaysia akan menganjurkan Karnival Aura Ungu 2010 bertempat di Kompleks Kebudayaan Shah Alam pada 21 dan 22 Mei 2010. Selain ekspo, Pertandingan nyanyian peringkat akhir , kami juga ada konsert menarik untuk anda menampilkan Aishah dan Heliza sebagai artis jemputan !! Tempah tiket anda di http://kau2010.webnisa.net dengan hanya RM10 sahaja!!

Wednesday, May 5, 2010

Ada 35 Petua Pelajar Cemerlang


boystudy

Oleh : Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah (Motivator)
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10 % apayang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

    …Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….

  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • jangan melihat buih
    • jangan membaca nama pada batu nisan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.

P/S : Selamat menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun / Semester buat adik-adik Nisa' semua... Buat yang terbaik! Do Your Best! Never give up! We all always pray for u... Take a good care... Love U All!!!

Sumber :http://feryco.com/35-petua-pelajar-cemerlang  

Sunday, April 25, 2010

"Sekecil Sumbangan, Sebesar Harapan..."

Pada 25 April 2010 terlaksana sudah Program Ziarah Amal Nisa' Smallkindness Kawasan Kudat. Program yang bertemakan "We Love, We Care" ini telah diadakan di Hospital Besar Daerah Kudat bermula jam 9.30pagi dan berakhir jam 11.30tengahari. Sehubungan dengan itu, Nisa' ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada krew Nisa' yang bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini dan tidak terkecuali staff hospital yang banyak membantu dan memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program tersebut berlangsung. Program yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk meraikan juga krew baru Nisa' yang baru mendaftar sebagai ahli pada awal tahun yang lalu disamping menabur bakti dan sumbangan kepada ibu dan adik-adik yang berada di wad kanak-kanak itu. Berikut adalah sedikit 'buah tangan' dari program yang sudahpun berlangsung dan diharap ia dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Bagi yang masih belum memberikan sumbangan, bolehlah bank in terus ke dalam 

Akaun Maybank bendahari iaitu ; Cik Nasuha Bt. Pauzi, No Akaun : MAYBANK ( 153010634243 ), atau berhubung terus dengan Cik Noor Ezzah Mohd Shaipullah di talian 019-4374026 atau emel kepada nisakudat@gmail.com.

Tahniah dan terima kasih! 

Adik-adik khusyuk mendengar cerita...

Sekecil Sumbangan, Sebesar Harapan...


Terima kasih! Bersama staff di Wad Kanak-kanak Hospital Kudat