Showing posts with label photos. Show all posts
Showing posts with label photos. Show all posts

Sunday, April 25, 2010

"Sekecil Sumbangan, Sebesar Harapan..."

Pada 25 April 2010 terlaksana sudah Program Ziarah Amal Nisa' Smallkindness Kawasan Kudat. Program yang bertemakan "We Love, We Care" ini telah diadakan di Hospital Besar Daerah Kudat bermula jam 9.30pagi dan berakhir jam 11.30tengahari. Sehubungan dengan itu, Nisa' ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada krew Nisa' yang bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini dan tidak terkecuali staff hospital yang banyak membantu dan memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program tersebut berlangsung. Program yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk meraikan juga krew baru Nisa' yang baru mendaftar sebagai ahli pada awal tahun yang lalu disamping menabur bakti dan sumbangan kepada ibu dan adik-adik yang berada di wad kanak-kanak itu. Berikut adalah sedikit 'buah tangan' dari program yang sudahpun berlangsung dan diharap ia dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Bagi yang masih belum memberikan sumbangan, bolehlah bank in terus ke dalam 

Akaun Maybank bendahari iaitu ; Cik Nasuha Bt. Pauzi, No Akaun : MAYBANK ( 153010634243 ), atau berhubung terus dengan Cik Noor Ezzah Mohd Shaipullah di talian 019-4374026 atau emel kepada nisakudat@gmail.com.

Tahniah dan terima kasih! 

Adik-adik khusyuk mendengar cerita...

Sekecil Sumbangan, Sebesar Harapan...


Terima kasih! Bersama staff di Wad Kanak-kanak Hospital Kudat

Sunday, January 31, 2010

Misi Banjir Nisa' ke Kota Marudu

 
 

Warna-Warni NISA' GAMES 2006-2009


 
Logo Nisa' Games
Nisa' Games Untuk Semua!
Marilah memeriahkan Nisa' Games Kawasan Kudat pada 7 Februari 2010 (Ahad) bertempat di Pusat Sukan Daerah Kudat bermula seawal jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang. Terbuka kepada wanita berumur 13 hingga 40 tahun. Pelbagai cenderahati eksklusif menanti anda termasuklah Cabutan Bertuah buat tetamu yang hadir ke Program Nisa' Games. Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Keahlian Nisa' turut dibuka pada hari tersebut! Datangla, bah...!

  
Nisa' Games Untuk Semua!
 
Ruqayya Al-Ghasara(atlet pelari pecut wanita) turut memeriahkan Nisa' Games Kebangsaan pada tahun 2007 yang lalu...

Majlis Bacaan Ikrar dalam Nisa' Games Kebangsaan pada tahun 2007

 
  
Bola jaring antara permainan yang dipertandingkan dalam Nisa' Games

  
Muadz antara artis yang memeriahkan Nisa' Games 2007


 
Kaum bapa tidak ketinggalan dalam memberikan sokongan kepada Nisa' Games

  
  
Antara permainan yang dipertandingkan ialah Bola Tampar

  
Peserta yang ceria sepanjang Nisa' Games
  
  
Sekitar Program yang telah dilaksanakan...
  
  
Antara Pemenang Nisa' Games 2007
  
  

Wajah-wajah Srikandi Muslimah yang ceria dan cemerlang di masa hadapan...Insya-Allah...

Friday, January 22, 2010

Monday, November 30, 2009

Nisa' Sabah ~ Teambuilding






Gambar Explore D-Qalbu