Showing posts with label Nisa' Kudat. Show all posts
Showing posts with label Nisa' Kudat. Show all posts

Sunday, February 6, 2011

Aku Dibius Cinta!




Sunday, October 24, 2010

~~Terima Kasih Adik-Adik Semua!!! ~~


Salam Sejahtera...Tahniah buat Pengarah Program Teen Talk Circle 2010 (Talkshow), Saudari Ainalyn Latik kerana berjaya mengumpulkan adik-adik yang bakal menduduki SPM 2010 dalam program ini! Terima kasih juga kepada adik Nisa yang membantu dalam mendapatkan penyertaan program ini...:-), Luv U Nisa...

Alhamdulillah, seramai 30 orang adik-adik peserta yang hadir ke program motivasi yang berbentuk santai namun penuh dengan info yang bermanfaat ini...

Program yang diadakan pada hari Sabtu yang lalu, iaitu 23 November 2010, bertempat di Masjid As-Syakirin Daerah Kudat, sangat meriah dah mendapat feedback yang positif daripada adik-adik. Alhamdulillah, kesemua adik-adik ini menjadi ahli Nisa' Kawasan Kudat dan akan diberitahu info terbaru tentang Nisa' dari masa ke semasa...Adik-adik...We All Love You Sooo Much!

Jadi, adik-adik di luar sana apa tunggu lagi? Sertailah kami sekarang dan adik-adik akan dapat banyak manfaat daripada program-program dan aktiviti yang bakal dijalankan...

Salam Manis dari kami;
Krew Nisa' Kudat ;-)

Wednesday, June 9, 2010

Jom Join Nisa' Kudat!

Sunday, April 25, 2010

"Sekecil Sumbangan, Sebesar Harapan..."

Pada 25 April 2010 terlaksana sudah Program Ziarah Amal Nisa' Smallkindness Kawasan Kudat. Program yang bertemakan "We Love, We Care" ini telah diadakan di Hospital Besar Daerah Kudat bermula jam 9.30pagi dan berakhir jam 11.30tengahari. Sehubungan dengan itu, Nisa' ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada krew Nisa' yang bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini dan tidak terkecuali staff hospital yang banyak membantu dan memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program tersebut berlangsung. Program yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk meraikan juga krew baru Nisa' yang baru mendaftar sebagai ahli pada awal tahun yang lalu disamping menabur bakti dan sumbangan kepada ibu dan adik-adik yang berada di wad kanak-kanak itu. Berikut adalah sedikit 'buah tangan' dari program yang sudahpun berlangsung dan diharap ia dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Bagi yang masih belum memberikan sumbangan, bolehlah bank in terus ke dalam 

Akaun Maybank bendahari iaitu ; Cik Nasuha Bt. Pauzi, No Akaun : MAYBANK ( 153010634243 ), atau berhubung terus dengan Cik Noor Ezzah Mohd Shaipullah di talian 019-4374026 atau emel kepada nisakudat@gmail.com.

Tahniah dan terima kasih! 

Adik-adik khusyuk mendengar cerita...

Sekecil Sumbangan, Sebesar Harapan...


Terima kasih! Bersama staff di Wad Kanak-kanak Hospital Kudat

Sunday, April 11, 2010

Nisa' Smallkindness Kudat 2010



ZIARAH AMAL NISA’


TEMA :


“WE LOVE, WE CARE”



TARIKH:

25 APRIL 2010


TEMPAT:
HOSPITAL BESAR, KUDAT


ANJURAN:

NISA’ KAWASAN KUDAT


 PENDAHULUAN
      Hospital atau pun pusat kesihatan tidak pernah surut dengan kehadiran pesakit- pesakit yang memerlukan rawatan dan bantuan. Bagi insan yang diberi nikmat kesihatan yang lebih baik, kita digalakkan untuk memberi kegembiraan dan manfaat kepada orang lain.
        Sehubungan itu, Nisa’ Kudat mengambil inisiatif untuk mengadakan Program Ziarah Amal dengan tema “We Love,We Care”(‘Kami Cinta Kami Prihatin) dan diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan antara generasi muda dengan masyarakat luar yang memerlukan bantuan. Program yang julung kali diadakan ini adalah salah satu usaha Nisa’ Kudat untuk membantu golongan pesakit dan seterusnya dapat memberikan khidmat bakti kepada masyarakat. 

OBJEKTIF
Program ini adalah bertujuan untuk :
a) Mendekati dan memberikan bantuan (material, sokongan moral/psikologi) kepada penjaga dan pesakit yang mengalami masalah tekanan jiwa dan penyakit kronik
b) Mengalakkan penglibatan generasi muda untuk melakukan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan

TARIKH, HARI , MASA DAN TEMPAT PROGRAM
Tarikh   : 25 April 2010
Hari     : Ahad
Masa     : 9.00 pagi – 11.30  tengah hari
Tempat   : Hospital Besar, Kudat

AJK PELAKSANA
Penasihat   : Pn. Norhayati Bt. Ghani
Pengarah   : Noor Ezzah Mohd Shaipullah
Timbalan Pengarah  : Khasmahwati binti Tammoyo
Setiausaha   : Siti Ainalyn binti Latik
Bendahari   : Nasuha Pauzi
Protokol & Sambutan  : Junisha binti Johari
Modul & Pengisian  : Norlizawati Abdul Wahab
Dana & Sumbangan  : Salmah Bt. Selama & Cik Suziani Bt. Hamzah
Hadiah & Cenderahati  : Nurisah bt Majan & Nurshizan Osman
Tugas-tugas Khas  : Noraime Bt. Noorsatah

SUMBANGAN  
Diharapkan agar tuan/puan dapat menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang ATAU barangan bagi melancarkan perlaksanaan program NSK’10 ini pada tarikh dan masa yang ditetapkan. 
Untuk menyumbang, sumbangan tersebut boleh dimasukkan ke dalam akuan NASUHA BINTI PAUZI (bendahari), MAYBANK ( 153010634243 ) atau berhubung terus dengan Cik Noor Ezzah Mohd Shaipullah di talian 019-4374026. Untuk surat dan kertas kerja penuh program ini, bolehlah emel kepada nisakudat@gmail.com.

PENUTUP

Semoga program ini dapat membudayakan kasih sayang dalam diri kita semua terhadap golongan yang memerlukan.

Birthday Suprise 2010

Selamat hari lahir buat Sahabat Nisa' Kudat ;


Nor Ainalyn Latik   ; 1 Jan 2010

Salmah Salama   ; 2 Februari 2010

Junisha Johari   ;  18 Februari 2010



Mirna Amidan   ;  9 April 2010


Norlizawati Wahab   ;  10 April 2010


Semoga diberkati hidup kalian dunia wal akhirat...Amin...

Thursday, March 4, 2010

Sunnah Berjuang!

Monday, February 15, 2010

. : : Teambuilding Nisa' Kudat : : .

 
Slot Riadah Pagi Bersama Kak Ain


 
Slot Tazkirah Oleh Kak Kasma "Pandangan Mata Hati"

 
Slot Ta'aruf Oleh Kak Ezzah

 
Slot Ice Breaking Oleh Kak Liza

 
Makan Time

 
Bersedia untuk aktiviti seterusnya...

 
Jom main Galah Panjang!

 
Istana Pasir yang berjaya dibina dalam masa 5 minit...Istana ke ni? (^_^)V


 
 Nisa' Kudat hasil seni Ezzah n da gang

 
Syukran jaziilan buat akhi Jumat atas kesudian beliau meminjamkan Avanzanya untuk program Nisa' ini...

 
Tanjung Simpang Mengayau, BEST!!!!

 
4teen of us.. Ukhuwwah Fillah Abadan Abada...

Pada 15 Februari 2010 (Isnin) Nisa' Kudat berjaya mengadakan teambuilding bertempat di Pantai Kelambu & Tanjung Simpang Mengayau, Kudat. Program yang berbentuk santai namun mempunyai matlamatnya tersendiri, Alhamdulillah telah berjaya mencapai objektifnya...Terima kasih kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Moga aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang seperti yang telah diminta oleh ahli yang menyertai...Syukran semua!Luv u all soo much!


Monday, February 8, 2010

Thursday, January 28, 2010

~~~Cintailah Kerana Dia...~~~

TeMaN
Tem@n, Atas tautan ukhwah Juga atas satu dasar yang kukuh Nan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..
Wahai temanku an nisa Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia, Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..
Wahai temanku arrijal, Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yang diimpi, Seorang serikandi..
Wahai temanku an-nisa Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi, ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi juga ingin memanjai..
Dan aku juga tahu, Temanmu arrijal juga begitu..
Tetapi temanku an-nisa Ketahuilah engkau, Bercinta itu fitrah,
Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah.
Kalau benar engkau mengasihinya, kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya KeranaNya,
Engkau tak kan bisa, Melunakkan soutul engkau,
Engkau tidak kan bisa, Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu, Itu bisa menggoyahkan iman seorang arrijal!
Dan engkau mengetahui, Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
Nafsu raja yang menggila! Kerana engkau tahu sahabatku an nisa
Dia kan terjerumus ke dalam api yang membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila..
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?
Wahai temanku arrijal Andai engkau mencintainya,
Cintailah ia keranaNya, Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia,
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa, Mengajaknya bermukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu, Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya kranaNya,
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya Walaupun yang ringan-ringan,
Kerana engkau tahu, Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan ? Zina tempatnya di api yang menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya, Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?
Sahabatku an-nisa Sahabatku arrijal Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu, Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta? Bercinta tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yang hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia .. Sedikit cuma..
Andai Dia yang engkau dahului, Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di depan mata,
Engkau tidakkan rindu, Andai sehari tidak besua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa mengatakan I love you.
Kerana engkau percaya.. DIA yang terbaik..
Lantaran DIA yang terbaik DIA akan menentukan yang terbaik untukmu,
Dan andai dia yang terbaik untukmu, DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN Dan itulah yang terbaik buat kalian
Kalau ada jodoh tak ke mana.. Yakinlah! Apakah benar engkau meyakini takdirNya?
Maafkan aku teman, Bicaraku penuh ketegasan, Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membencimu mungkar itu, Dan kerana aku takutkan api yang menjunam itu,
Aku menegur yang mana mampu, Kerana aku takut, Andai aku tidak menegurmu,
Kita kan sama-sama meredah lautan api,,, yang terlalu pedih,
yang terlalu seksa, yang terlalu AZAB!!!
Nauzubillah min zalik Sama2lah teman Pagarilah imanmu
Agar si iman itu tidak terlepas Cintailah IA, Kerana DIAlah penjaga iman kita..
Yakinlah dengan IA.. Serahkan segalanya pada IA..
Kerana DIA tahu yang terbaik Sedangkan kita tidak. ALLAHualam.
Akhirul kalam Letakkan si DIA dalam hatimu,
Engkau akan merinduiNYA Andai harimu tiada ingatan kpdNYA
Engkau akan gelisah andai DIA Tidak mendengar rintihanMu,
Engkau kan rindu Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan andai Doamu ditolak..
Dan itulah cinta hakiki..
Kerana engkau yakin Di sana adanya sebuah Pertemuan di taman Syurga yang Indah..
Bercintalah kerana ALLAH.. Dan Engkau akan merasakan Erti bercinta yang sebenar
Insya ALLAH!!

Friday, December 18, 2009

Salam Ma'al Hijrah 1431h






Salam Perjuangan!

Tahun Baru, Azam Baru, Strategi pun Baru!

Manusia memerlukan perubahan dalam hidup! Tidak kira di mana dan pada bila masa, jika ianya sesuai dan tepat, perubahan harus dilakukan!

Hijrahkanlah diri anda!

Hijrahkanlah diri anda!

Hijrahkanlah diri anda!

Berhijrahlah! Buatlah perubahan dalam diri anda mulai SEKARANG! Penghijrahan Rasulullah dan umat Islam dari Mekah ke Kota Madinah adalah untuk menyusun strategi dan hidup baru yang akhirnya membawa kepada kegemilangan Islam pada hari ini! Oleh itu, buat lah perubahan! BERHIJRAHLAH SEKARANG!!!!


Bit Taufiq Maan Najah!!

Salam Maal Hijrah!

Tinta Nisa' Kudat

Wednesday, October 7, 2009

Organisasi Nisa' Daerah Kudat

Pengarah : Khasmahwati binti Tammoyo
(013-8542430)

Timbalan Pengarah : Nadrah binti Abd. Samad
(013-8849117)

Setiausaha : Norlizawati binti Abdul Wahab
(013-6463442)

Bendahari : Siti Ainalyn binti Latik
(013-7017753)

Sebarang persoalan dan penerangan lanjut bolehlah berhubung dengan kami atau emelkan persoalan anda kepada ; nisakudat@gmail.com

Unit-Unit Nisa'

Unit Kerjaya

1. Unit Kerjaya : NISA’ ingin membantu wanita muda dalam memulakan karier dengan cara :-

• Menyediakan khidmat nasihat dalam memilih kerjaya dan melaksanakan program-program sewajarnya untuk membantu wanita muda mendapat karier yang baik, seterusnya digilap menjadi pekerja yang berkualiti.

• Membina satu jaringan (network) yang berkesan antara majikan dan pekerja melalui rangkaian alumni, IPT, syarikat dan organisasi yang berkenaan.

• Membina ”bank resume” memudahkan proses ”work-employee match-making”.

Unit Khidmat dan Kaunseling

2. Unit Khidmat dan Kaunseling :-

• Unit Kaunseling NISA’ bertujuan untuk membantu remaja perempuan dan wanita yang memerlukan bantuan.
• Unit Kaunseling berperanan sebagai “the lending ear to youth problems” dengan menyediakan penyelesaian yang bertepatan dengan kehendak agama melalui pelbagai saluran seperti NISA’ Care Line, NISA’ Website dan NISA’ Blog. Memberi khidmat social kepada masyarakat dan menajdi tempat rujukan utama khususnya untuk generasi muda.

Unit Pembangunan Insan

3. Unit Pembangunan Insan : Unit Pembangunan Insan mempunyai tanggungjawab yang penting dalam mendidik generasi muda untuk mencapai misi NISA’. Peranan Unit Pembangunan Insan ialah :-

• Membangkitkan kesedaran menyintai ilmu melalui modul-modul yang direka khas.

• Mendekati remaja-remaja melalui program yang ceria, mudah dan menarik.

• Melahirkan lebih ramai generasi muda yang berketrampilan dan berperibadi unggul.

Logo Nisa'


Logo NISA’ ini direka khusus bagi menggambarkan imej terkini dan perubahan NISA’. Huruf ”N” pada logo bukan sahaja mewakili nama NISA’ malahan membawa maksud ”New” ataupun ”Baru” dari sudut pendekatan dan idea baru untuk generasi baru.

Warna kelabu yang digunakan menggambarkan impian NISA’ untuk menjadi sebuah organisasi yang profesional bagi golongan muda yang terbilang.

Warna ungu pula mewakili imej baru NISA’ yang ceria, segar, serta ”loving and caring” terhadap generasi muda.

Latar belakang yang berbentuk bulatan melambangkan matlamat NISA’ yang ingin meningkatkan kualiti masyarakat dalam segala aspek kehidupan.

Misi Nisa'

NISA’ berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu, dan berakhlak mulia.

Misi NISA’ ini akan tercapai melalui program-program yang dirancang dengan teliti, disemai dengan kasih sayang, dan disampaikan dengan penuh keikhlasan.

Salam Mahabbah dari NISA' Kudat

NISA’ berhasrat untuk menjalinkan hubungan akrab dengan pelbagai pihak seperti kementerian, agensi kerajaan, media serta NGO dalam usaha NISA’ untuk berkhidmat untuk masyarakat.