Wednesday, October 7, 2009

Logo Nisa'


Logo NISA’ ini direka khusus bagi menggambarkan imej terkini dan perubahan NISA’. Huruf ”N” pada logo bukan sahaja mewakili nama NISA’ malahan membawa maksud ”New” ataupun ”Baru” dari sudut pendekatan dan idea baru untuk generasi baru.

Warna kelabu yang digunakan menggambarkan impian NISA’ untuk menjadi sebuah organisasi yang profesional bagi golongan muda yang terbilang.

Warna ungu pula mewakili imej baru NISA’ yang ceria, segar, serta ”loving and caring” terhadap generasi muda.

Latar belakang yang berbentuk bulatan melambangkan matlamat NISA’ yang ingin meningkatkan kualiti masyarakat dalam segala aspek kehidupan.

No comments:

Post a Comment