Wednesday, October 7, 2009

Unit-Unit Nisa'

Unit Kerjaya

1. Unit Kerjaya : NISA’ ingin membantu wanita muda dalam memulakan karier dengan cara :-

• Menyediakan khidmat nasihat dalam memilih kerjaya dan melaksanakan program-program sewajarnya untuk membantu wanita muda mendapat karier yang baik, seterusnya digilap menjadi pekerja yang berkualiti.

• Membina satu jaringan (network) yang berkesan antara majikan dan pekerja melalui rangkaian alumni, IPT, syarikat dan organisasi yang berkenaan.

• Membina ”bank resume” memudahkan proses ”work-employee match-making”.

Unit Khidmat dan Kaunseling

2. Unit Khidmat dan Kaunseling :-

• Unit Kaunseling NISA’ bertujuan untuk membantu remaja perempuan dan wanita yang memerlukan bantuan.
• Unit Kaunseling berperanan sebagai “the lending ear to youth problems” dengan menyediakan penyelesaian yang bertepatan dengan kehendak agama melalui pelbagai saluran seperti NISA’ Care Line, NISA’ Website dan NISA’ Blog. Memberi khidmat social kepada masyarakat dan menajdi tempat rujukan utama khususnya untuk generasi muda.

Unit Pembangunan Insan

3. Unit Pembangunan Insan : Unit Pembangunan Insan mempunyai tanggungjawab yang penting dalam mendidik generasi muda untuk mencapai misi NISA’. Peranan Unit Pembangunan Insan ialah :-

• Membangkitkan kesedaran menyintai ilmu melalui modul-modul yang direka khas.

• Mendekati remaja-remaja melalui program yang ceria, mudah dan menarik.

• Melahirkan lebih ramai generasi muda yang berketrampilan dan berperibadi unggul.

No comments:

Post a Comment